Nama
Syaikh Muhammad Arsyad menempati hati masyarakat Kalimantan dan
Indoensia sebagai ulama besar dan pengembang ilmu pengetahuan dan
agama.
Belum
ada tokoh yang mengalahkan kepopuleran nama Syaih Arsyad Al-Banjari.
Karya-karyanya hinga kini tetap dibaca orang di masjid dan
disebut-sebut sebagai rujukan. Nama kitabnya Sabilal Muhtadin
diabadikan untuk nama Masjid Agung Banjarmasin. Nama kitabnya yan
lain Tuhfatur Raghibin juga diabadikan untuk sebuah masjid yang tak
jauh dari makan Syaikh Arsyad. Tak
hanya itu, hampir seluruh ulama di Banjarmasin masih memiliki tautan
dengannya. Baik sebagai keturunan atau muridnya. Sebut saja
nama almarhum K.H. Zaini, yang dikenal dengan nama Guru Ijay itu,
adalah keturunan Syaikh Arsyad. Hampir semua ulama di Kalimantan,
Sumatera, Jawa, dan Malaysia, pernah menimba ilmu dari syaikh atau
dari murid-murid syaikh.
Bapaknya
bukan asal orang Banjar,tetapi datang dari India mengembara untuk
menyebarkan Dakwah,Belia seorang ahli seni ukiran kayu. Semasa
ibunya hamil,kedua Ibu Bapaknya sering
berdo’a agar dapat melahirkan anak yang alim dan zuhud. Setelah
lahir,Ibu Bapaknya mendidik dengan penuh kasih sayang setelah
mendapat anak sulung yg dinanti-nantikan ini. Beliau dididik dengan
dendangan Asmaul-Husna,disamping berdo’a kepada Allah.Setelah itu
diberikan pendidikan al-qur’an kepadanya. Kemudian barulah menyusul
kelahiran adik-adiknya yaitu ; ’Abidin, Zainal abidin,
Nurmein, Nurul Amein.
Sahabatnya
yang paling penting yang banyak disebut adalah Syeikh `Abdus Shamad
Al-Falimbani, Syeikh Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi dan Syeikh
Abdul Wahhab Bugis (yang kemudian menjadi menantu Syaikh). Guru yang
banyak disebut adalah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Kurdi, Syeikh
`Athaullah dan Syeikh Muhammad bin Abdul Karim As-Sammani Al-Madani.
Selama belajar di Mekah Syeikh Arsyad tinggal di sebuah rumah di
Samiyah yang dibeli oleh Sultan Banjar. Syeikh Arsyad juga belajar
kepada guru-guru Melayu di Arab Saudi, seperti Syeikh Abdur Rahman
bin Abdul Mubin Pauh Bok Al-Fathani (Thailand Selatan), Syeikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh dan Syeikh Muhammad
`Aqib bin Hasanuddin Al-Falimbani.
Hampir semua ilmu keislaman yang telah dipelajari di Mekah dan Madinah mempunyai sanad atau silsilah hingga ke pengarangnya. Hal ini cukup jelas seperti yang ditulis oleh Syeikh Yasin bin Isa Al-Fadani (Padang, Sumatera Barat) dalam beberapa buah karya beliau. Selain bukti berupa karya-karyanya, juga dapat diambil jasa-jasanya membuka mata rakyat Banjar atau dunia Melayu.
Rekan-rekan Arsyad selama di Mekah kemudian juga menjadi ulama terkenal. Syeikh `Abdus Shamad Al-Falimbani pengarang Sayrus Salaikin, Syeikh `Abdur Rahman Al-Mashri Al-Batawi (akkek Sayid `Utsman bin Yahya, Mufti Betawi yang terkenal), Syeikh Muhammad Nafis bin Idris Al-Banjari, pengarang kitab Ad-Durrun Nafis, Syeikh Muhammad Shalih bin `Umar As-Samarani (Semarang) yang digelar dengan Imam Ghazali Shaghir (Imam Ghazali Kecil), Syeikh `Abdur Rahman bin `Abdullah bin Ahmad At-Tarmasi (Termas, Jawa Timur), Syeikh Haji Zainuddin bin `Abdur Rahim Al-Fathani (Thailand Selatan), dan banyak lagi.

Penulisan
Tradisi
kebanyakan ulama, ketika mereka belajar dan mengajar di Mekah, sekali
gus menulis kitab di Mekah juga. Lain halnya dengan Syeikh Muhammad
Arsyad bin `Abdullah al-Banjari, walaupun dipercayai bahawa beliau
juga pernah mengajar di Mekah, namun karya yang dihasilkannya ditulis
di Banjar sendiri. Lagi pula nampaknya beliau lebih mencurahkan
khidmat derma baktinya di tempat kelahirannya sendiri yang
seolah-olah tanggungjawab rakyat Banjar terbeban di bahunya. Ketika
mulai pulang ke Banjar, sememangnya beliau sangat sibuk mengajar dan
menyusun segala macam bidang yang bersangkut-paut dengan dakwah,
pendidikan dan pentadbiran Islam. Walaupun begitu beliau masih sempat
menghasilkan beberapa buah karangan.
Karya-karya Syeikh Arsyad banyak ditulis dalam bahasa Arab-Melayu
atau Jawi yang memang diperuntukkan untuk bangsanya. Meskipuin ia
memiliki kemampuan menulis berbagai kitab dalam bahasa Arab, tapi, ia
lebih suka menuliskannya dalam bahasa Jawi. Ia mengajarkan
kitab-kitab semacam Ihya Ulumiddin karya Imam Ghazali kepada para
muridnya.
Karangannya yang sempat
dicatat adalah seperti berikut di bawah ini:
- Tuhfah ar-Raghibin fi Bayani Haqiqah Iman al-Mu’minin wa ma Yufsiduhu Riddah ar-Murtaddin, diselesaikan tahun 1188 H/1774 M
- Luqtah al-’Ajlan fi al-Haidhi wa al-Istihadhah wa an-Nifas an-Nis-yan, diselesaikan tahun 1192 H/1778 M.
- Sabil al-Muhtadin li at-Tafaqquhi fi Amri ad-Din, diseselesaikan pada hari Ahad, 27 Rabiulakhir 1195 H/1780 M
- Risalah Qaul al-Mukhtashar, diselesaikan pada hari Khamis 22 Rabiulawal 1196 H/1781 M.
- Kitab Bab an-Nikah.
- Bidayah al-Mubtadi wa `Umdah al-Auladi
- Kanzu al-Ma’rifah
- Ushul ad-Din
- Kitab al-Faraid
- Hasyiyah Fat-h al-Wahhab
- Mushhaf al-Quran al-Karim
- Fat-h ar-Rahman
- Arkanu Ta’lim as-Shibyan
- Bulugh al-Maram
- Fi Bayani Qadha’ wa al-Qadar wa al-Waba’
- Tuhfah al-Ahbab
- Khuthbah Muthlaqah
Pakai Makna. Kitab ini dikumpulkan semula oleh keturunannya, Abdur
Rahman Shiddiq al-Banjari. Dicetak oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah,
Singapura, tanpa dinyatakan tarikh cetak.
Ada pun karyanya yang
pertama, iaitu Tuhfah ar-Raghibin, kitab ini sudah jelas atau pasti
karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari bukan karya
Syeikh `Abdus Shamad al-Falimbani seperti yang disebut oleh Dr. M.
Chatib Quzwain dalam bukunya, Mengenal Allah Suatu Studi Mengenai
Ajaran Tasawuf Syeikh Abdus Samad AI-Falimbani, yang berasal daripada
pendapat P. Voorhoeve. Pendapat yang keliru itu telah saya bantah
dalam buku Syeikh Muhammad Arsyad (l990). Dasar saya adalah
bukti-bukti sebagai yang berikut:
- Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, “Maka disebut oleh yang empunya karangan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin bagi `Alim al-Fadhil al-’Allamah Syeikh Muhammad Arsyad.”
- Tulisan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dalam Syajaratul Arsyadiyah, “Maka mengarang Maulana (maksudnya Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, pen:) itu beberapa kitab dengan bahasa Melayu dengan isyarat sultan yang tersebut, seperti Tuhfatur Raghibin …” Pada halaman lain, “Maka Sultan Tahmidullah Tsani ini, ialah yang disebut oleh orang Penembahan Batu. Dan ialah yang minta karangkan Sabilul Muhtadin lil Mutafaqqihi fi Amrid Din dan Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imani Mu’minin wa Riddatil Murtaddin dan lainnya kepada jaddi (Maksudnya: datukku, pen al-’Alim al-’Allamah al-’Arif Billah asy-Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.”
- Pada cetakan Istanbul, yang kemudian dicetak kembali oleh Mathba’ah Al-Ahmadiah, Singapura tahun 1347 H, iaitu cetakan kedua dinyatakan, “Tuhfatur Raghibin … ta’lif al-’Alim al-’Allamah asy-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari.” Di bawahnya tertulis, “Telah ditashhihkan risalah oleh seorang daripada zuriat muallifnya, iaitu `Abdur Rahman Shiddiq bin Muhammad `Afif mengikut bagi khat muallifnya sendiri …”. Di bawahnya lagi tertulis, “Ini kitab sudah cap dari negeri Istanbul fi Mathba’ah al-Haji Muharram Afandi”.
- Terakhir sekali
Mahmud bin Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari mencetak kitab
Tuhfah ar-Raghibin itu disebutnya cetakan yang ketiga, nama Syeikh
Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari tetap dikekalkan sebagai
pengarangnya.
Daripada bukti-bukti di
atas, terutama yang bersumber daripada Syeikh Daud bin `Abdullah
al-Fathani dan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq adalah cukup kuat untuk
dipegang kerana kedua-duanya ada hubungan dekat dengan Syeikh
Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari itu. Syeikh Daud bin
`Abdullah al-Fathani adalah sahabat Syeikh Muhammad Arsyad bin
`Abdullah al-Banjari sedangkan Syeikh `Abdur Rahman Shiddiq pula
adalah keturunan Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari.
Mengenai karya-karya Syeikh Muhammad Arsyad bin `Abdullah al-Banjari
yang tersebut dalam senarai, insya-Allah akan dibicarakan pada
kesempatan yang lain.
Masih banyak lagi tulisan
dan catatan syaikh yang disimpan kalangan muridnya yang kemudian
diterbitkan di Istambul (Turki), Mesir, Arab Saudi, Mumbai (Bombai),
Singapura, dan kemudian Jakarta Surabaya, dan Cirebon. Di
samping itu beliau menulis satu naskah al Quranul Karim tulisan
tentang beliau sedikit, yang sampai sekarang masih terpelihara dengan
baik.
Keturunan
Zurriyaat
(anak dan cucu) beliau banyak sekali yang menjadi ulama besar,
pemimpin-pemimpin, yang semuanya teguh menganut Madzhab Syafi’i
sebagai yang di wariskan oleh Syeikh Muhammad Arsyad Banjar.
Diantara zurriyat beliau yang kemudian menjadi ulama besar turun temurun adalah :
l . H. Jamaluddin, Mufti, anak kandung, penulis kitab “perukunan Jamaluddin”.
2. H. Yusein, anak kandung, penulis kitab “Hidayatul Mutafakkiriin”.
3. H. Fathimah binti Arsyad, anak kandung, penulis kitab “Perukunan Besar”, tetapi namanya tidak ditulis dalam kitab itu.
4. H. Abu Sa’ud, Qadhi.
5. H. Abu Naim, Qadhi.
6. H. Ahmad, Mufti.
7. H. Syahabuddin, Mufti.
8. H.M. Thaib, Qadhi.
9. H. As’ad, Mufti.
10. H. Jamaluddin II., Mufti.
11. H. Abdurrahman Sidiq, Mufti Kerajaan Indragiri Sapat (Riau), pengarang kitab “Risalah amal Ma’rifat”, “Asranus Salah”, “Syair Qiyamat”, “Sejarah Arsyadiyah” dan lain lain.
12. H.M. Thaib bin Mas’ud bin H. Abu Saud, ulama Kedah, Malaysia, pengarang kitab “Miftahul jannah”.
13. H. Thohah Qadhi-Qudhat, penbina Madrasah “Sulamul ‘ulum’, Dalam Pagar Martapura.
14. H.M. Ali Junaedi, Qadhi.
15. Gunr H. Zainal Ilmi.
16. H. Ahmad Zainal Aqli, Imam Tentara.
17. H.M. Nawawi, Mufti.
18. Dan lain-lain banyak lagi.

Semuanya
yang tersebut di atas adalah zurriyat-zurrivat Syeikh Arsyad yang
menjadi ulama dan sudah berpulang ke rahmatullah.
Sebagai kami katakan di atas, Syeikh Mubammad Arsyad bin Al Banjari dan sesudah beliau, zurriyat-zariyat beliau adalah penegak-penegak Madzhab Syafi’i dan faham Ahlussunna,h wal Jama’ah, khususnya di Kalimantan.

Syaikh Arsyad wafat pada 6
Syawal 1227 H atau 3 Oktober 1812 M. Beliau meninggal dunia pada usia
105 tahun dengan meninggalkan sumbangan yang besar terhadap
masyarakat islam di Nusantara.
Makamnya dianggap keramat dan
hingga kini masih diziarahi orang. Haulnya pada Syawwal lalu dihadiri
Menteri Agama RI H. Muhamamd Maftuch Basyuni bersama ribuan
masyarakat, termasuk dari Malaysia, Sumatera, dan Jawa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar